Keluaran dan sambutan Rock_Oo!

Tayangan

Rock Oo! dikeluarkan pada 27 Februari 2013. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 8 Januari 2013 di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 3.95 juta semasa keluaran tayangannya di pawagam.

Ulasan kritis

Rata-rata pengkritik filem memberi ulasan yang positif mengenai filem ini. Filem ini menerima standing oviation[Penjelasan diperlukan] ketika ditayangkan untuk media tempatan.[6] Aidil Rusli daripada akhbar The Malaysian Insider memuji filem ini sebagai "...lawak bodoh yang kelakar."[7] Fikri Jermadi daripada portal perfileman thoughtsonfilms.com memuji mutu arahan Mamat Khalid dan lakonan Khir Rahman.[8] Portal hiburan Ohbulan.com menekankan kejayaan Mamat Khalid menerapkan nilai-nilai murni serta sindiran dalam filem ini dengan sempurna.[9] Portal perfileman kakiwayang.com pula mengkritik tiadanya kesinambungan antara filem ini dengan filem pertama tetapi memuji kejayaan filem ini menggambarkan Kuala Lumpur pada tahun 80-an.[10] Filem ini mendapat rating 7.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.

Rujukan

WikiPedia: Rock_Oo! http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-s... http://scaniaz.blogspot.com/2013/07/senarai-calon-... http://www.budiey.com/filem-rock-ooo-rimba-bara-ke... http://www.budiey.com/senarai-pemenang-anugerah-la... http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-... http://www.imdb.com/title/tt2609050/ http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem... http://www.ohbulan.com/review-filem-rock-oo-rimba-... http://www.themalaysianinsider.com/opinion/aidil-r...